Polis nafi enggan terima repot remaja perempuan hilang

Polis nafi enggan terima repot remaja perempuan hilang

Terdahulu individu menerusi hantaran dimuat naik di media sosial mendakwa polis enggan terima laporan kehilangan remaja perempuan kerana didapati belum hilang 24 jam.

Ketua Polis Sungai Buloh Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata siasatan mendapati laporan kejadian diterima dalam tempoh tiga jam 11 minit selepas remaja itu gagal dihubungi ibunya. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Polis hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial konon pihaknya enggan menerima laporan tentang seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang sebelum ditemukan selamat.

Ketua Polis Sungai Buloh, Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata siasatan mendapati laporan berhubung kejadian itu diterima pihaknya dalam tempoh tiga jam 11 minit selepas remaja tersebut gagal dihubungi oleh ibunya.

“Ini membuktikan bahawa polis telah menerima laporan berkenaan kurang daripada tempoh 24 jam. Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam menyebarkan atau memuat naik sebarang bentuk kenyataan yang tidak benar atau palsu.

“Tindakan boleh diambil bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, seorang individu menerusi hantaran dimuat naik di media sosial X awal pagi ini mendakwa polis enggan menerima laporan kehilangan seorang remaja perempuan kerana didapati belum hilang selama 24 jam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.