
Setiausaha Agung Fouzi Singon berkata dakwaan itu mempertikaikan profesionalisme 450,000 guru.
“Sijil sakit ini diberikan setelah pegawai perubatan mendapati seseorang guru tersebut tidak sihat untuk menjalankan tugasnya dengan sempurna untuk tempoh tertentu,” katanya dalam kenyataan.
Fouzi menambah dakwaan itu juga secara tidak langsung mempertikaikan profesionalisme dan etika kerja pegawai perubatan.
Beliau mengulas laporan akhbar mengenai kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam, mendakwa golongan guru kumpulan penjawat awam paling ramai terbabit dalam salah laku memalsukan MC.
Cuepacs juga dilapor mendakwa kira-kira 1% hingga 2% daripada 10,000 penjawat awam dikenal pasti memberi MC palsu, selain menggunakan cuti kecemasan semata-mata mahu melanjutkan tempoh bercuti.