Lelaki dituduh bunuh abang sendiri

Lelaki dituduh bunuh abang sendiri

Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, didakwa membunuh Mohamad Khairul Ridzuan Mohd Taib, 46, di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan, 25 Sept lepas.

Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, didakwa di Mahkamah Majistret Seri Manjung atas pertuduhan membunuh abang kandungnya, minggu lepas. (Gambar Bernama)
MANJUNG:
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh abang kandungnya, minggu lepas.

Mohd Khairul Hadafi Mohd Taib, 40, didakwa membunuh Mohamad Khairul Ridzuan Mohd Taib, 46, di sebuah rumah di Taman Muhibbah, Sitiawan dekat sini antara 2.25 pagi hingga 2.39 pagi, 25 Sept lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Ipoh bagi pemeriksaan psikiatri serta menetapkan 30 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia dan dokumen berkaitan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hairol Jemain manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.