KKM berhemah kuat kuasa Akta Kawalan Produk Merokok, kata menteri

KKM berhemah kuat kuasa Akta Kawalan Produk Merokok, kata menteri

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata fokus kini untuk mendidik masyarakat terutama kanak-kanak dan remaja risiko bahaya produk merokok.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad
Dzulkefly Ahmad melancarkan Pelan Tindakan Dementia 2023-2030 sempena Hari Warga Emas peringkat Kementerian Kesihatan.
PUTRAJAYA:
Penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 bermula hari ini akan dibuat secara berhemah dengan fokus kepada mendidik masyarakat, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly menerusi Akta 852 itu, pihaknya diberi kuasa oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menghukum pesalah di bawah undang-undang terbabit.

Namun beliau berkata tindakan pasukan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) akan dibuat secara berhemah.

“Apa yang kita mahukan kerelaan dan kesetiaan mereka dalam industri ini memahami segala tindakan kerajaan untuk kesejahteraan anak remaja generasi muda kita.

“Kita mahu suasana saling menghormati undang dan hak-hak terutamanya kanak-kanak bawah umur (bahaya merokok dan vape),” katanya selepas melancarkan Hari Warga Emas peringkat KKM.

Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang diwartakan pada 2 Feb lalu berkuat kuasa serentak dengan peraturan-peraturan serta perintah di bawahnya bermula 1 Okt.

Selain penguatkuasaan serta-merta, KKM turut melaksanakan penguatkuasaan pendidikan bagi tempoh enam hingga 12 bulan, termasuk aspek pendaftaran produk merokok yang akan dikuatkuasakan bermula 1 April 2025.

KKM juga menguatkuasakan larangan serta-merta atas penjualan produk rokok di institusi pendidikan, pasar jualan, dalam talian dan mesin layan diri.

Turut dilarang serta-merta apa jua bentuk iklan, promosi dan tajaan semua jenis produk merokok, yang menyasarkan kanak-kanak dan remaja.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.