
Kejadian berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki bertembung sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV), namun keadaan penyanyi itu dilaporkan baik.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, berkata lima mangsa yang cedera dalam kemalangan itu dapat keluar sendiri dari kenderaan masing-masing.
Sebanyak 10 anggota Balai Bomba Beaufort tiba di tempat kejadian pada 5.34 petang untuk membantu mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada 6.10 petang.
“Dua mangsa dalam kenderaan MPV dan tiga dalam pacuan empat roda telah dihantar ke hospital oleh orang awam.
“Tindakan pasukan bomba hanya mengambil maklumat dan memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.