
Beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai persepsi negatif dibangkitkan DAP.
“Itu adalah perkara yang sangat sensitif dan kita sudah mengingatkan banyak kali sekiranya mahu menjaga keharmonian di negara ini, perkara yang sensitif tidak boleh disentuh langsung.
“Dalam hal ini, kita serah kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dengan baik dan kita sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” katanya menurut Harian Metro selepas memberi keterangan di IPD Jasin.
Lebih 200 penyokong, termasuk ahli dan pemimpin Pemuda Umno Melaka, ahli Umno Jasin serta beberapa NGO hadir memberi sokongan kepada ketua Umno Bahagian Jasin itu.
Exco Melaka yang juga Adun Merlimau itu dipanggil memberi keterangan berhubung laporan polis DAP Sarawak pada 12 Sept lalu berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur keagamaan dan hasutan.
DAP Sarawak membuat satu laporan polis berhubung kenyataan Akmal yang didakwa boleh menyebabkan perpecahan kaum di Malaysia termasuk di Sarawak.