Kerajaan rancang bacaan RUU Mufti diterus pertengahan Oktober

Kerajaan rancang bacaan RUU Mufti diterus pertengahan Oktober

Status RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 belum ada apa-apa perubahan.

na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na’im Mokhtar kata keputusan mengenai RUU Mufti akan diketahui pada tahun ini. (Gambar Bernama)
KOTA BHARU:
Kerajaan merancang meneruskan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada 16 atau 17 Okt, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata setakat ini pihaknya melakukan bacaan kali pertama untuk RUU Mufti semasa sidang Parlimen lepas.

“Pada masa ini status rang undang-undang berkenaan belum ada apa-apa perubahan. Insya-Allah kita rancang akan teruskan bacaan kali kedua dan ketiga Oktober ini,” katanya kepada pemberita di program Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia.

Na’im berkata keputusan mengenai RUU Mufti akan diketahui pada tahun ini juga, selain akan dibincangkan di Dewan Rakyat sebelum dibentangkan di Dewan Negara.

Media melaporkan bacaan pertama dibuat pada Julai lepas, dengan RUU Mufti antara tiga RUU berkaitan hal ehwal Islam yang dibentangkan bagi tujuan pindaan.

RUU Mufti antaranya untuk memberi takrifan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sudut akidahnya bersumberkan aliran Al-Asyairah dan Al-Maturidiah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.