BN bergaya pertahan Mahkota dengan majoriti besar

BN bergaya pertahan Mahkota dengan majoriti besar

Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah mendapat 27,995 undi manakala pencabar daripada PN Haizan Jaafar hanya memperoleh 7,347 undi.

SYED HUSSEIN
Calon BN Syed Hussien Syed Abdullah menang bergaya di DUN Mahkota. (Gambar Bernama)
KLUANG:
Barisan Nasional (BN) mempertahankan DUN Mahkota dengan bergaya apabila memperoleh majoriti 20,648 undi, empat kali ganda lebih besar berbanding PRN 2022 iaitu 5,166 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Mahkota Wan Azurawati Wahid di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim.

Beliau berkata, calon BN Syed Hussien Syed Abdullah mendapat 27,995 undi manakala pencabarnya, Haizan Jaafar daripada Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 7,347 undi.

Sharifah Azizah Syed Zain daripada BN memenangi kerusi itu pada PRN Mac 2022, menewaskan calon Pakatan Harapan, PN dan Warisan dengan majoriti 5,166 undi.

Terdapat 66,318 pemilih berdaftar sempena PRK DUN Mahkota.

PRK hari ini adalah yang ke-10 sejak PRU 2022. PRK sebelum ini adalah Kuala Terengganu dan Kemaman (Terengganu); Simpang Jeram dan Pulai (Johor); Pelangai (Pahang); Jepak (Sarawak); Kuala Kubu Baharu (Selangor); Sungai Bakap (Pulau Pinang); dan Nenggiri (Kelantan).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.