
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan punca kontrak Khairuddin yang menggantikan Mohammad Agus Yusoff pada 1 Mac lalu itu ditamatkan.
Fahmi berkata penamatan kontrak yang berkuat kuasa semalam itu mengikut prosedur dan teratur.
“Dalam isu jawatan kontrak mana-mana pelantikan dan penamatan ada prosesnya, ia juga perkara biasa,” katanya pada sidang media.
Beliau berkata setakat ini jawatan itu belum diisi dan pihaknya belum memastikan sama ada mahu mengisinya secara tetap.
Khairuddin yang juga setiausaha PKR Selangor menggantikan Agus yang meletak jawatan pada November 2023.
Peletakan jawatan itu menyusul kontroversi perbualan lucah seorang lelaki dipanggil ‘Wahab’ dengan seseorang miripnya yang tersebar di media sosial.
Lelaki itu dikenali Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, 33, bertugas sebagai penolong pegawai J-Kom.
Bagaimanapun, Agus memberi alasan peletakan jawatannya kerana menerima tawaran kerja baharu, bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak.