Mayat lelaki hilang ketika periksa pukat ditemui

Mayat lelaki hilang ketika periksa pukat ditemui

Mangsa dikatakan ke tebing sungai memeriksa pukat dipasang dan tidak pulang sehingga 5 petang semalam.

Mayat Minggu anak Ikum ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 1.45 tengah hari tadi. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Mayat lelaki hilang ketika memeriksa pukat dipasang di tebing sungai di Batu 4, Kuala Baram, Miri ditemui hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berkata, mayat Minggu anak Ikum, 59, ditemui terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 4km dari pukat dipasangnya pada 1.45 tengah hari tadi.

“Mayat mangsa ditemui terapung dan dalam keadaan tidak sempurna disyaki dibaham buaya.

“Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Harian Metro.

Mangsa dikatakan ke tebing sungai dan tidak pulang sehingga 5 petang semalam, sebelum anaknya memeriksa di lokasi mangsa memasang pukat selepas cubaan menghubungi telefon bimbitnya gagal.

Tetapi, beliau hanya menemui barang mangsa di tebing sungai dan mendapati pukatnya koyak dengan kesan buaya ditemui di tebing sungai.

Beliau kemudian memaklumkan penduduk kampung yang mula mencari di kawasan sekitar, tetapi gagal mengesannya sebelum membuat laporan polis serta menghubungi JBPM pada 5.55 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.