Mangsa banjir di Kedah kurang kepada 8,394 petang ini

Mangsa banjir di Kedah kurang kepada 8,394 petang ini

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 5,218 orang, diikuti Pendang (1,581 orang).

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 5,218 orang, diikuti Pendang (1,581 orang). (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurang kepada 8,394 orang setakat 4 petang ini berbanding 8,898 pagi tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir itu, melibatkan 2,713 keluarga, ditempatkan di 41 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Daerah Kota Setar mencatatkan jumlah mangsa tertinggi, iaitu 5,218 orang daripada 1,759 keluarga diikuti Pendang (1,581 orang daripada 474 keluarga); Kubang Pasu (933 orang daripada 288 keluarga); Pokok Sena (515 orang daripada 158 keluarga); dan Bandar Baharu (147 orang daripada 34 keluarga).

Laman sesawang Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan kini hanya dua sungai di Kedah masih berada pada paras bahaya, iaitu Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, seramai 29 orang masih berlindung di PPS SK Changkat Lobak, Kerian yang dibuka sejak Jumaat selepas Kampung Matang Tengah dinaiki air.

JPS memaklumkan, Kolam Air Bukit Merah di Kerian kini berada pada tahap berjaga-jaga dengan paras air setinggi 9.04m.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa daerah, termasuk Larut, Matang dan Selama; Kerian; Manjung; Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Kampar; dan Batang Padang akan mengalami hujan malam ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.