
Ketua polis Serdang A A Anbalagan berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11 malam ketika kanak-kanak itu bermain bersama rakannya tidak jauh dari tempat bapanya bekerja.
Katanya, kejadian itu disedari oleh bapa kanak-kanak tersebut yang kemudiannya terus membuat laporan polis.
“Susulan laporan itu polis menangkap suspek warga asing berusia 35 tahun untuk membantu siasatan.
“Pemeriksaan lanjut juga menemui bahan lucah pada suspek. Lelaki itu juga tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan ujian saringan air kencing negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, suspek ditahan reman selama tujuh hari hingga 27 Sept ini untuk membantu siasatan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017, Seksyen 363 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
“Siasatan juga turut dijalankan mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.
Anbalagan juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian jenayah itu untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.