
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin, berkata mayat kanak-kanak itu dikenali sebagai Putri Jimar dijumpai orang ramai tersangkut pada dahan kayu di sungai itu pada 8 pagi tadi kira-kira 800m dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut.
“Semalam BBP Tawau menerima panggilan kecemasan pada 6.06 petang mengenai seorang kanak-kanak perempuan hanyut ketika cuba menyeberangi sungai bersama bapanya.
“Operasi mencari dan menyelamat mangsa hari ini bermula pada 6.58 pagi menggunakan kaedah pencarian ‘surface rescue’ bersama agensi penyelamat lain dan orang ramai di sekitar lokasi kejadian sebelum mayat ditemukan oleh orang awam,” katanya dalam kenyataan.
Jemishin berkata, operasi berkenaan tamat pada 8.30 pagi dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.