
Menurutnya, kerajaan negeri tiada dasar menyalurkan bantuan tunai kepada mangsa banjir kerana sukar mengenal pasti mangsa banjir sebenar.
“Mengikut apa yang diamalkan sebelum ini, mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) diberi makanan dan tempat tinggal,” katanya dalam sidang media di Butterworth.
Beliau berkata, cuaca di Pulau Pinang bertambah baik dengan ketara dan mangsa banjir dijangka boleh pulang ke rumah dalam beberapa hari lagi.
Setakat 7.30 pagi tadi, 578 mangsa banjir ditempatkan di lapan PPS di Pulau Pinang akibat banjir yang disebabkan hujan berterusan selama tiga hari.
Terdahulu, Chow merasmikan loji rawatan air baharu di Sungai Dua, Butterworth yang akan meningkatkan kapasiti rawatan air Pulau Pinang sebanyak 114 juta liter sehari (MLD) daripada 1,612 MLD kepada 1,726 MLD.
Menurutnya, ini sebahagian daripada lapan projek menelan belanja RM1.18 bilion bagi memastikan keselamatan air.
Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang itu turut mengumumkan tiga projek saluran paip utama yang akan dilaksanakan antara 2025 dan 2026.
Ia terdiri daripada saluran paip sepanjang 13km dari loji rawatan air Sungai Dua ke Butterworth, saluran paip 3.9km dari Macallum ke takungan Bukit Dumbar di Pulau Pinang serta saluran paip Sungai Perai.