Ribut petir diramal hingga November

Ribut petir diramal hingga November

MetMalaysia meramalkan hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

hujan ribut
Jabatan Meteorologi berkata, ribut petir lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang yang berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan pada struktur tidak kukuh. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 Sept dan berterusan hingga awal November ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

Beliau berkata, permulaan fasa itu menandakan berakhirnya monsun barat daya yang bermula sejak 17 Mei lalu dan rantau negara diramal menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

“Situasi ini boleh menggalakkan ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka singkat, terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihatkan orang ramai lebih berwaspada sepanjang tempoh itu serta sentiasa peka mengikuti ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan pihaknya melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial rasminya.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline 1-300-22-1638 untuk pertanyaan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.