4,373 mangsa banjir di 32 PPS Kedah

4,373 mangsa banjir di 32 PPS Kedah

Tujuh daerah di Kedah masih terjejas iaitu Kota Setar, Kubang Pasu, Bandar Baharu, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kulim.

Keadaan rumah penduduk di Kampung Padang Luar dekat Jitra yang masih ditenggelami air hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 4,373 orang setakat 6 petang tadi berbanding 3,865 mangsa daripada 1,147 keluarga pada 3 petang.

Seramai 1,298 keluarga sedang berlindung di 32 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat dipetik Harian Metro melaporkan, mangsa di daerah Kota Setar meningkat kepada 1,590 orang daripada 484 keluarga di sembilan PPS, manakala 1,089 mangsa daripada 312 keluarga ditempatkan di tujuh PPS di Kubang Pasu.

PPS di daerah Bandar Baharu kekal dengan 107 mangsa daripada 24 keluarga dan jumlah mangsa banjir di daerah Pendang meningkat kepada 514 orang daripada 143 keluarga.

Daerah Pokok Sena pula mencatatkan 840 mangsa daripada 235 keluarga, manakala Kuala Muda kekal dengan 131 mangsa daripada 50 keluarga di tiga PPS dan Kulim kekal dengan 86 mangsa daripada 26 keluarga.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.