
Menerusi hantaran di Facebook, JIM Pulau Pinang memaklumkan 14 lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 46 tahun itu ditahan kerana tiada dokumen perjalanan dan pas sah.
“Penduduk di taman itu membuat aduan mengenai warga asing menghuni rumah di taman itu ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) dan Bahagian Penguatkuasaan JIM negeri melancarkan Op Sapu untuk melakukan pemeriksaan di lapan rumah lokasi itu.
“Rumah dua tingkat terbabit dipercayai disewa majikan untuk dijadikan asrama pekerja dan dalam operasi itu, 75 warga asing diperiksa sebelum 15 orang ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.”
Berdasarkan akuan dan pakaian ditemui, 15 warga asing itu bekerja dengan kontraktor syarikat pembersihan yang dilantik PBT sebagai pemotong rumput.
Semuanya ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki pas sah dan JIM negeri turut menyiasat majikan serta pemilik kediaman terbabit.