
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
“Apa yang ditularkan adalah palsu dan tiada apa-apa tindakan ke atas Saifizi tetapi perkara itu dalam pemerhatian parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Tanglung Kelantan 2024, di sini, semalam.
Terdahulu, tular satu kenyataan media mengenai tindakan disiplin terhadap Saifizi kerana memberi ucapan yang didakwa tidak berintegriti dan amanah pada Muktamar Tahunan PAS ke-70 di Pahang baru-baru ini.
Kenyataan media yang tular itu turut memaklumkan Jawatankuasa Disiplin PAS sudah mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Saifizi sehingga ke satu tempoh yang akan ditentukan.