
Namun, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, ia tidak bermaksud akan bekerjasama dengan DAP, termasuk Pakatan Harapan (PH).
“Saya berpandangan telahan sesetengah pihak bahawa masih ada ruang untuk PAS bekerjasama dengan PH itu suatu telahan kosong,” katanya kepada FMT.
Ahmad mengulas kenyataan Naib Ketua Wanita DAP Young Syefura Othman mengenai kenyataan Presiden Hadi Awang bahawa PAS tidak berhasrat menyertai PH dalam ‘apa-apa jua bentuk’, sambil merujuk situasi melibatkan Barisan Nasional pasca PRU15.
Syefura berkata, dalam politik kemungkinan tidak disangka boleh berlaku termasuk PH bekerjasama dengan BN, bagi membentuk kerajaan.
Ahmad mengulangi pendirian PAS yang teguh dalam kerjasama bersama Perikatan Nasional, selain membawa semula aspirasi Muafakat Nasional.
“Semua ini digarap berasaskan kepada gagasan penyatuan ummah yang sentiasa menjadi prinsip perjuangan PAS,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Ahmad Fadhli Shaari menyindir pelbagai ‘kemungkinan’ boleh berlaku termasuk DAP menjadi pembangkang.
“PAS sudah tentu boleh menentukan kerjasama politik, PAS juga pernah kerjasama dengan DAP, cumanya PAS tak pernah bersungguh-sungguh berjanji memasukkan pemimpin-pemimpin tertentu dalam penjara sebelum PRU dan bekerjasama semula dengan pemimpin tersebut selepas PRU,” katanya.