3 kematian babit peserta We Are RXZ Members

3 kematian babit peserta We Are RXZ Members

Dua kes berlaku di LPT2 manakala satu kematian di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan.

Himpunan RXZ Members 6.0 berlangsung selama dua hari bermula 13 Sept menarik kira-kira 40,000 peserta dari seluruh negara. (Gambar Bernama)
KUALA TERENGGANU:
Tiga maut dalam tiga kemalangan berasingan membabitkan peserta program We Are RXZ Members 6.0 2024, kata Ketua Polis Terengganu Mohd Khairi Khairuddin.

Beliau berkata, dua daripada kes kematian itu dicatatkan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), manakala satu kematian melibatkan nahas di Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Kelulut di Marang.

“Mangsa kemalangan pertama iaitu Abdul Salim Mohamed Hashim, 58, berasal dari Batu Gajah, Perak manakala mangsa kedua, Mohamad Firdaus Abdul Rashid, 29, dari Jempol, Negeri Sembilan.

“Kemalangan ketiga pula membabitkan mangsa Ahmad Amir Muhamad, 29, yang berasal dari Temerloh, Pahang dan bekerja sebagai buruh ladang,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Khairi berkata polis mengeluarkan 89 saman atas pelbagai kesalahan sepanjang dua hari operasi di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Kesalahan paling tinggi direkodkan ialah ubah suai ekzos, tiada cermin sisi, dan aksesori tidak sempurna.

Himpunan RXZ Members 6.0 yang berlangsung selama dua hari bermula 13 Sept menarik kira-kira 40,000 peserta dari seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.