Pearly-Thinaah juara terbuka Hong Kong 2024

Pearly-Thinaah juara terbuka Hong Kong 2024

Pearly Tan-M Thinaah kecewakan pasangan di ranking ketiga dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China.

Beregu wanita utama, Pearly Tan-M Thinaah, menamatkan kemarau kemenangan apabila meraih gelaran juara Terbuka Hong Kong 2024. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah, hanya memerlukan 38 minit sebelum mengesahkan gelaran Terbuka Hong Kong 2024 di Hong Kong Coliseum, Kowloon.

Ia merupakan kejuaraan pertama gandingan negara pada musim ini, selepas mengecewakan pasangan di ranking ketiga dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China 21-14, 21-14.

Pada aksi final, Pearly-Thinaah yang menghuni ranking kelapan dunia turun dengan corak permainan lebih agresif hingga lawan mereka nampak buntu dan melakukan banyak kesilapan mudah.

Kejayaan ini sekali gus menamatkan kemarau kemenangan pasangan negara di Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang kali terakhir diperoleh dua tahun lepas.

Untuk rekod, kali terakhir Pearly-Thinaah meraih gelaran juara ialah pada Terbuka Perancis 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.