60 terperangkap kejadian kepala air diselamatkan

60 terperangkap kejadian kepala air diselamatkan

Seramai 60 individu terkandas akibat aliran deras air dari puncak Gunung Ledang.

Bomba selamatkan 60 orang terkandas di Air Terjun Gunung Ledang akibat aliran deras. (Gambar Facebook JBPM)
TANGKAK:
Bomba menyelamatkan 60 pengunjung terperangkap dalam kejadian kepala air ketika beriadah di Air Terjun Gunung Ledang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Rafiah Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian yang melibatkan pekerja kilang itu pada 12.51 tengah hari.

Beliau berkata sebuah jentera menyelamat, sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda, dengan kekuatan sembilan anggota digegaskan ke lokasi kejadian.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) mendapati seramai 60 individu terkandas akibat aliran deras air dari puncak Gunung Ledang akibat hujan lebat.

“Susulan itu, PKO bertindak membawa semua mangsa menyeberangi sungai menggunakan tali dengan selamat,” katanya dalam kenyataan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.18 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.