‘Tak boleh kahwin kerana undi, kena niat demi Allah’, tegur Sanusi

‘Tak boleh kahwin kerana undi, kena niat demi Allah’, tegur Sanusi

Sanusi Nor berkata cadangan kahwin rentas kaum untuk menambah undi mungkin disuarakan untuk memeriahkan perbahasan pada Muktamar Pemuda PAS.

Sanusi Nor tidak setuju dengan cadangan Aubidullah Fahim Ibrahim supaya ahli sayap itu berkahwin merentas kaum untuk menambah undi bukan Islam dan Melayu kepada parti itu.
TEMERLOH:
Sanusi Nor tidak setuju dengan cadangan seorang pemimpin Pemuda PAS Selangor supaya ahli sayap itu berkahwin merentas kaum untuk menambah undi bukan Islam dan Melayu kepada parti.

Pengarah pilihan raya PAS itu sebaliknya menasihatkan mereka yang ingin mendirikan rumah tangga supaya ikhlas kerana Allah dan bukan disebabkan perkara lain termasuk mendapat undi seperti dicadangkan Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim, semalam.

“Nikah kahwin ini kerana Lillahi ta’ala (kerana Allah).

Kahwin kerana undi tak sah, mungkin ucapan perwakilan sahaja bagi riuh (perbahasan Muktamar Pemuda PAS), katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS.

Bagaimanapun, menteri besar kedah itu berpandangan secara umum mana-mana pihak berhak berkahwin merentasi kaum jika mempunyai keberanian dan kemampuan.

Semalam, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata cadangan Aubidullah itu hanya pandangan perwakilan yang tidak perlu diambil serius.

“Bukan keputusan dibuat parti. Itu pandangan dia sebagai perwakilan muktamar, dia berhak suara pandangan…tak semestinya jadi keputusan,”katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.