PAS cadang pinda perlembagaan benar bukan Islam jadi ahli

PAS cadang pinda perlembagaan benar bukan Islam jadi ahli

Perkara itu akan dipertimbangkan susulan permintaan daripada orang bukan Islam, kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berucap pada perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-63 di Kompleks Imam Syafie’, Jerantut, hari ini.
JERANTUT:
PAS bercadang meminda perlembagaan parti termasuk bagi membolehkan orang bukan Islam menjadi ahli, kata Mursyidul Am PAS Hashim Jasin.

Hashim berkata, perkara itu akan dibentangkan secara terperinci oleh Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan pada Muktamar Pusat yang akan bermula esok.

Tambahnya, sebarang keputusan mengenai isu itu pada Muktamar Pusat adalah muktamad.

“Pindaan perlembagaan (parti) itu (akan) dibuat beberapa perkaralah, tetapi isu dibangkitkan pada mesyuarat pemimpin tertinggi PAS sebelum ini … orang bukan Islam minta jadi ahli biasa.

“Hanya orang Islam boleh jadi ahli PAS sekarang ini, sebab itu kita pakai Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) bagi yang bukan Islam,” katanya pada sidang media selepas perasmian Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Ke-63 di Kompleks Imam Syafie’, yang turut dihadiri Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ahmad Yahya.

Hashim berkata, Presiden PAS Hadi Awang turut akan menyentuh isu keahlian golongan bukan Islam dalam ucapannya esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.