MetMalaysia kesan penipuan permohonan perolehan palsu

MetMalaysia kesan penipuan permohonan perolehan palsu

MetMalaysia berkata, kegiatan licik itu dikesan hasil aduan dan semakan menerusi sistem ePerolehan yang mendapati permohonan itu tidak didaftarkan dalam sistem.

Jabatan Meteorologi berkata individu tidak bertanggungjawab itu menggunakan dokumen palsu dan kepala surat jabatan yang direka.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengesan kegiatan individu tidak bertanggungjawab menyamar kakitangan jabatan itu membuat permohonan perkhidmatan dan bekalan tidak wujud.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kegiatan licik itu dikesan hasil aduan dan semakan menerusi sistem ePerolehan mendapati permohonan itu tidak didaftarkan dalam sistem, malah turut menggunakan dokumen palsu serta kepala surat jabatan yang direka.

“MetMalaysia memandang serius perkara ini kerana mencemarkan imej jabatan dalam melaksanakan tadbir urus baik, telus, saksama dan berintegriti.

“Ingin ditegaskan semua urusan perolehan jabatan ini menggunakan sistem ePerolehan dalam talian sepenuhnya dan serahan dokumen secara manual tidak dibenarkan.”

MetMalaysia menasihatkan semua pihak, terutama yang menerima permohonan secara manual atas nama jabatan itu supaya lebih berhati-hati dan menghubungi Unit Perolehan MetMalaysia terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kerugian akibat penipuan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.