
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam hantaran Facebook memaklumkan itu antara strategi meningkatkan pengawalan kualiti air sungai serta pengukuhan pengurusan dan penyelidikan bahan cemar baharu dalam sumber air Malaysia.
“Banyak implikasi diakibatkan pencemaran air dan ada daripada kesan itu berada di tahap membimbangkan.
“Justeru, saya tekankan kepentingan penguatkuasaan berdasarkan peraturan dan undang-undang, di samping keperluan pemantapan tatakelola serta pengaplikasian teknologi terkini dalam usaha memantapkan kualiti pengurusan air sungai di seluruh negara,” katanya yang mempengerusikan mesyuarat itu di Putrajaya petang tadi.
Beliau berkata, kerajaan akan terus memberi fokus mengurangkan bekalan air tidak berhasil yang masih di tahap kurang memuaskan.
Ini penting, katanya, dalam usaha mengurangkan pembaziran dan memastikan kemampanan sumber air negara.
Mesyuarat Majlis Air Negara platform bagi kerajaan persekutuan dan negeri meneliti serta membincangkan pengurusan sumber air negara.