
Dalam klausa perundangan sesebuah negara, katanya, tidak timbul isu jika sesebuah kapal hanya melalui perairan ditetapkan dan tidak berhenti.
Beliau bagaimanapun memberi jaminan pasukan keselamatan, khasnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa memantau dan memberi tumpuan penuh sebarang aktiviti di laluan perkapalan melalui pengawasan dari laut, darat serta udara.
“Kebiasaannya, memang banyak kapal yang lalu dan kita tahu tujuan serta jenis kapal berkenaan berdasarkan sistem radar kita, melainkan sesebuah kapal itu bukan kapal komersial atau kapal tentera.
“Sekiranya ada kapal mencurigakan, apabila kita tanya dia gagal berikan butiran untuk pengesahan, maka kita akan hantar pasukan untuk periksa.
“Kalau kita rasa ada pencerobohan perairan, kita akan ambil tindakan selaras amalan antarabangsa, iaitu menghantar nota bantahan selepas kita merasakan adanya pencerobohan,” katanya menurut Harian Metro selepas menghadiri Dialog Pertahanan Seoul 2024 di Korea Selatan.
Khaled berkata, kapal dari pelbagai negara, termasuk China dikesan di Laut China Selatan kerana ia laluan bebas, tetapi jika ada keadaan di luar situasi normal, maka kerajaan tidak akan teragak-agak bertindak.
Laut China Selatan dan Selat Melaka banyak digunakan kapal rondaan, komersial serta perdagangan.