
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata prosedur dan perlindungan yang bersesuaian perlu diwujudkan bagi mengelakkan kejadian kecederaan dan kematian tahanan dalam lokap berulang.
Beliau berkata, Ketua Polis Negara Razarudin Husain menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan Suhakam berhubung perkara itu.
“Yang menyiasat itu polis, yang menjatuhkan hukuman itu hakim. Sebelum dijatuhkan hukum, mereka (suspek) jangan dihukum terlebih dahulu,” katanya semasa berucap pada sambutan Hari Suhakam ke-25.
Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, Razarudin, dan Pengerusi Suhakam Mohd Hishamudin Md Yunus.