Tebing sungai runtuh, kawasan bina LRA tenggelam

Tebing sungai runtuh, kawasan bina LRA tenggelam

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

projek loji rawatan air runtuh
Tangkap layar menunjukkan tebing sungai runtuh sebelum air sungai menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air di Taman Mas Puchong, Sepang.
PETALING JAYA:
Runtuhan tebing sungai menenggelamkan kawasan pembinaan projek loji rawatan air (LRA) sedalam 19m di Taman Mas Puchong, Sepang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya bersama lapan pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 4.14 petang tadi.

“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian itu,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, pasukan bomba meneruskan pemantauan di lokasi dan mengarahkan pihak pengurusan pembinaan menghentikan kerja pembinaan sementara.

Katanya, pihak pengurusan turut diminta memaklumkan kejadian itu kepada Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kawasan runtuhan selamat bagi kerja pembinaan diteruskan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.