Pengurusan tertinggi perkhidmatan awam dirombak

Pengurusan tertinggi perkhidmatan awam dirombak

KSN Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan rombakan ini melibatkan penempatan dan pelantikan baharu, antaranya dalam KKM, KPM, KDN dan JPM.

perdana putra
Penempatan dan pelantikan baharu dalam kalangan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam di Putrajaya melibatkan jawatan seperti ketua setiausaha (KSU), timbalan KSU kanan serta ketua pengarah unit.
PETALING JAYA:
Hampir 30 hari dilantik ketua setiausaha negara, Shamsul Azri Abu Bakar mengumumkan rombakan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam.

Penempatan dan pelantikan baharu ini melibatkan jawatan seperti ketua setiausaha (KSU), timbalan KSU kanan serta ketua pengarah unit, membabitkan antaranya Kementerian Pertahanan, Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pendidikan (KPM), Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Shamsul berkata, perubahan itu seiring hasrat melaksanakan reformasi perkhidmatan awam yang menuntut kepantasan, ketangkasan dan kedinamikan dalam menghadapi era baharu susulan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam baru-baru ini.

“Ia juga manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada raja dan negara dalam merealisasikan aspirasi kerajaan madani bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya dalam kenyataan.

Berikut senarai penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi perkhidmatan awam:
Lokman Hakim Ali – KSU Kementerian Pertahanan, berkuat kuasa 23 Sept (bertukar dari Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan)

Isham Ishak – KSU Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, berkuat kuasa 23 Sept (bertukar dari Kementerian Pertahanan)

Hasnol Zam Zam Ahmad – KSU Kementerian Perpaduan, berkuat kuasa esok (bertukar dari Kementerian Kerja Raya)

Suriani Datuk Ahmad – KSU Kementerian Kesihatan, berkuat kuasa esok (bertukar dari Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)

Ruji Ubi – KSU Kementerian Pendidikan, berkuat kuasa esok (bertukar dari Kementerian Dalam Negeri)

Azman Mohd Yusoff – KSU Kementerian Sumber Manusia, berkuat kuasa esok (bertukar dari Kementerian Perpaduan Negara)

Khairul Dzaimee Daud – KSU Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkuat kuasa esok (bertukar dari Kesuma)

Awang Alik Jeman – KSU Kementerian Dalam Negeri, berkuat kuasa esok (sebelum ini timbalan KSU kanan JPM)

Abd Shukor Mahmood – Timbalan KSU Kanan JPM, berkuat kuasa esok (sebelum ini timbalan KSU pengurusan JPM)

Nik Nasarudin Mohd Zawawi – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, berkuat kuasa esok (sebelum ini KSU Kementerian Pendidikan)

Azman Ibrahim – KSU Kementerian Kerja Raya, berkuat kuasa esok (sebelum ini Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM)

Muhammad Razman Abu Samah – Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta JPM, berkuat kuasa esok (sebelum ini Timbalan KSU Pengurusan dan Pembangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan)

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.