Budak 10 tahun pandu kereta terlibat nahas

Budak 10 tahun pandu kereta terlibat nahas

Kanak-kanak itu termasuk seorang rakan yang juga jirannya berusia sembilan tahun terselamat.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din (kanan), berkata kereta dipandu kanak-kanak 10 tahun terbabas di selekoh lalu melanggar sebuah van diletak di bahu jalan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kanak-kanak 10 tahun memandu kereta disyaki milik keluarganya terselamat selepas kenderaan itu terbabas di selekoh, dalam kejadian di Taman Arowana Impian, Seremban.

Turut terselamat dalam kejadian 9.30 malam semalam itu, seorang jirannya berusia sembilan tahun yang berada dalam kereta tersebut.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata kereta dipandu dari arah Arowana Impian Apartment menuju ke arah taman berkenaan terbabas lalu berlanggar sebuah van diletak di bahu kiri jalan.

“Pemandu dan penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Polis menasihatkan kepada semua pihak mematuhi peraturan jalan raya dan ibu bapa atau penjaga memerhati dan memantau tindakan anak-anak di bawah jagaan bagi mengelak perkara tidak diingini,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39(1) dan Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan dan Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan.

Kes juga disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.