Tang Jie-Ee Wei juara terbuka Korea

Tang Jie-Ee Wei juara terbuka Korea

Kemenangan itu menyaksikan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menempah kejuaraan pertama dalam kejohanan berstatus Super 500.

Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menewaskan wakil China Gou Xin Wa-Li Qian dengan kiraan 17-21, 21-13-dan 21-13 pada perlawanan akhir terbuka Korea. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Beregu campuran badminton negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei muncul juara Terbuka Korea selepas menewaskan wakil China Gou Xin Wa-Li Qian pada perlawanan akhir, hari ini.

Kemenangan itu menyaksikan pasangan itu menempah kejuaraan pertama dalam kejohanan berstatus Super 500.

Pada perlawanan berlangsung 59 minit di Stadium Tertutup Mokpo, pasangan nombor tujuh dunia itu terlebih dahulu kalah pada set pertama 17-21 apabila banyak melakukan kesilapan kecil.

Sedar perlu menang set kedua, Chen dan Toh memperkemaskan permainan yang membawa kemenangan 21-13 sekali gus menyamakan kedudukan.

Meneruskan momentum itu, pasangan Malaysia itu mengesahkan kemenangan dengan kiraan mata yang sama.

Sebagai rekod, pencapaian terbaik mereka di kejohanan berstatus lebih tinggi dari Super 300 iaitu mara ke separuh akhir Terbuka Singapura 2023 (Super750), separuh akhir Terbuka China 2023 (Super 1,000), separuh akhir Terbuka Arctic 2023 (Super 500), dan separuh akhir Masters Malaysia 2024 (Super 500).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.