Lelaki maut kereta bertembung bas ekspres

Lelaki maut kereta bertembung bas ekspres

Polis berkata, penumpang kereta berusia 38 tahun itu parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dalam perjalanan ke Bahau. (Gambar Facebook)
JEMPOL:
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaikinya bertembung sebuah bas ekspres di KM24 Jalan Bahau, Kamayani di sini pada 10.50 malam tadi.

Ketua Polis Jempol, Hoo Chang Hook, berkata kereta dipandu seorang lelaki 36 tahun dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung bas dipandu lelaki berumur 48 tahun bersama 23 penumpang dalam perjalanan ke Bahau.

Susulan kemalangan itu, katanya, penumpang kereta berusia 38 tahun itu parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu kereta berusia 36 tahun yang cedera di bahagian kaki dan muka sedang menerima rawatan di Hospital Jempol,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pemandu bas bersama 23 penumpang lain tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.