Tak percaya Annuar Musa, MN Sabah bubar

Tak percaya Annuar Musa, MN Sabah bubar

Muafakat Nasional (MN) Sabah suarakan rasa tidak puas hati autonomi dijanjikan tidak dihormati berkait lantikan dua Ahli Dewan Tertinggi.

Jismit Japong
Pengerusi MN Sabah Jismit Japong, berkata surat pembubaran akan diserah kepada MN pusat dalam tempoh 14 hari.
PETALING JAYA:
Muafakat Nasional (MN) Sabah dikatakan bubar hari ini susulan peletakan jawatan serentak 30 Ahli Jawatankuasa NGO itu semalam.

Pengerusi MN Sabah Jismit Japong, berkata keputusan itu dibuat kerana mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pengerusinya, Annuar Musa dan kepimpinan pusat NGO tersebut.

Beliau berkata, kepimpinan pusat MN juga tidak membuat sebarang perbincangan dengan Sabah berhubung pelantikan dua Ahli Dewan Tertinggi walaupun sebelum ini memberi mandat autonomi kepada MN Sabah.

“Pelantikan itu bercanggah dengan prinsip dan konsep MN kerana perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran MN Sabah, perlu juga pihak MN Sabah diberi ruang untuk perbincangan bersama demi keutuhan MN,” katanya menurut Bernama pada sidang media di Kota Kinabalu.

Jismit berkata, surat pembubaran itu akan diserah kepada MN pusat dalam tempoh 14 hari dan pihaknya kini merancang menubuhkan NGO baharu, fokus kepada kebajikan dan ekonomi Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.