3 ditahan disyaki rogol remaja hilang di Sabah

3 ditahan disyaki rogol remaja hilang di Sabah

Seorang pelajar tingkatan tiga yang hilang sejak Jumaat lalu, ditemui selamat di Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman pada 1 pagi semalam.

Polis menahan seorang remaja lelaki 15 tahun dan dua suspek berumur 29 tahun lewat malam tadi.
PETALING JAYA:
Seorang remaja 15 tahun antara tiga ditahan kerana disyaki merogol remaja perempuan dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu sebelum ditemui selamat di Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman dekat Tawau semalam.

Ketua Polis Tawau, Jasmin Hussin berkata mangsa mendakwa dirogol tiga lelaki dikenalinya itu.

Selain remaja lelaki itu, beliau berkata, dua suspek berumur 29 tahun ditahan di sekitar Tawau lewat malam tadi.

Menurutnya, tiga suspek itu direman tujuh hari hingga 4 Sept ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan atas kesalahan rogol.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama 20 tahun dan sebat,” katanya menurut Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Tawau hilang selepas tidak pulang ke rumah hingga lewat petang Jumaat lalu.

Gadis itu kemudian ditemui selamat di Kampung Jawa, Jalan Tengku Osman pada 1 pagi semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.