Zuki Ali dilantik pengerusi baharu KWSP

Zuki Ali dilantik pengerusi baharu KWSP

Bekas ketua setiausaha negara itu akan menggantikan Ahmad Badri Zahir.

Zuki Ali
Pelantikan Mohd Zuki Ali sebagai pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang baharu berkuatkuasa 1 Sept ini.
PETALING JAYA:
Bekas ketua setiausaha negara Mohd Zuki Ali dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu.

KWSP dalam kenyataan mengumumkan pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Sept ini.

Zuki bakal menggantikan Ahmad Badri Zahir yang memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2020.

“Lembaga KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Badri di atas kepimpinan dan sumbangan besar beliau yang meletakkan KWSP pada tahap kecemerlangan yang berterusan.

“Lembaga KWSP mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan mempunyai hala tuju strategik untuk terus memacu KWSP ke tahap yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu.

Katanya, KWSP akan terus memainkan peranan penting dalam menjamin kesejahteraan kewangan dan simpanan persaraan ahli khususnya dalam membantu membina masa depan yang lebih baik.

Zuki, 62, menamatkan khidmat sebagai ketua setiausaha negara pada 9 Ogos lalu selepas 32 tahun tujuh bulan berada dalam perkhidmatan awam.

Beliau mula memegang jawatan sebagai ketua setiausaha negara pada 31 Dis 2019 dan dilantik semula secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa dari 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.