SPRM panggil 3 penguat kuasa bantu siasatan kes seleweng diesel di Sarawak

SPRM panggil 3 penguat kuasa bantu siasatan kes seleweng diesel di Sarawak

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata tiga individu membabitkan penguatkuasaan di Sarawak dipanggil hari ini.

Semalam, SPRM menyerbu sebuah depoh penyimpanan minyak di Sungai Bidut, Sibu dan menahan lima individu, selain menyita dua tongkang serta beberapa tangki minyak mengandungi kira-kira 1.6 juta liter diesel. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil tiga penguat kuasa di Sarawak bagi membantu siasatan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dan merasuah pegawai agensi penguatkuasaan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata tiga individu membabitkan penguatkuasaan di Sarawak dipanggil hari ini.

“Sama ada (mereka) ditahan atau tidak belum pasti, namun siasatan sedang dijalankan,” katanya menurut Harian Metro.

Terdahulu, dua beradik yang juga pengusaha stesen minyak direman bagi membantu siasatan sindiket penyeludupan diesel bersubsidi dan merasuah pegawai agensi penguatkuasaan bagi mengelak dikenakan tindakan.

Majistret Romaroi Jonoi membenarkan lelaki 40-an direman empat hari sehingga 29 Ogos ini, manakala adik perempuannya berusia 30-an direman sehari hingga esok.

Semalam, SPRM menyerbu sebuah depoh penyimpanan minyak di Sungai Bidut, Sarawak dan menahan lima individu, termasuk pengusaha stesen minyak, selain dua tongkang serta beberapa tangki minyak mengandungi kira-kira 1.6 juta liter diesel disita.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.