
Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin hari ini manakala Nicholas Kow Eng Chuan yang mewakili Peter, 53, selaku peguam mengesahkan tarikh tersebut.
Kedua-dua pihak selesai berhujah pada 1 Ogos lepas di hadapan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Ahmad Zaidi Ibrahim, Mohamed Zaini Mazlan dan Azmi Ariffin.
Mahkamah Tinggi pada 18 April tahun lepas menolak permohonan Peter untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tiga tahun serta denda RM50,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 26 Mei 2022.
Peter, sebagai pengarah urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, dituduh memalsukan surat Pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan bagi tujuan menipu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014 mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda.