
Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Korporat MPS berkata, ada aduan penyalahgunaan surat rujukan MPS bertarikh 26 Okt 2023 untuk mengutip bayaran bagi program Penerapan Semangat Rukun Negara.
Pihak berkuasa tempatan itu berkata, ia juga tidak pernah menjadi penganjur bersama dengan mana-mana pihak untuk program Penerapan Semangat Rukun Negara.
“MPS juga tidak pernah mengarahkan mana-mana kakitangan MPS untuk meminta sumbangan dana atau bayaran daripada pemilik perniagaan atau individu bagi tujuan penganjuran program di atas,” katanya menurut Sinar Harian.
Tegasnya, satu laporan polis dibuat 20 Ogos lalu berkaitan perkara itu dan ia memohon mangsa atau individu mempunyai sebarang maklumat membuat laporan kepada pihak berkuasa atau menghubunginya di talian 03 6126 5824.