
Namun, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali Ku Li berkata kejayaan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani merampas kerusi itu membuktikan rakyat terutama pengundi Melayu bersedia berbuat demikian jika Umno ikhlas menunaikan permintaan mereka.
“Jika kita bukan sahaja bercakap tetapi melaksanakan, saya rasa mereka akan menyokong kita.
“Kalau kita buktikan dan lakukan dengan ikhlas, mereka akan tambah sokongan kepada kita…barangkali ramai orang Melayu kembali kepada Umno,” katanya ditemui pemberita pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024.
Pada PRK Nenggiri, Azmawi yang juga ketua Pemuda Umno Kelantan menang dengan majoriti 3,352 undi, sekali gus merampas DUN itu daripada Perikatan Nasional (PN).
Tengku Razaleigh yang juga ketua Umno Gua Musang bertindak sebagai pengarah pilihan raya BN untuk PRK Nenggiri.
Mengulas lanjut, beliau berkata strategi berbeza mungkin perlu diambil Umno pada PRK Mahkota di Johor, 28 Sept ini kerana DUN itu kerusi campuran.
“Di Nenggiri hampir 100% pengundi Melayu jadi kita hanya berdepan PAS, walaupun mereka kerajaan tetapi satu parti sahaja lawan kita.
“DUN Mahkota berbeza kerana sana kerusi campuran dan walaupun Melayu majoriti tetapi bukan Melayu pun ramai, jadi kena guna strategi lain,” katanya.