Fahmi tawar diri tanding presiden KLFA

Fahmi tawar diri tanding presiden KLFA

Menteri komunikasi itu turut mengetengahkan Pengarah KL United Sdn Bhd Syed Yazid Syed Omar sebagai calon timbalannya.

Fahmi Fadzil berkata, matlamatnya adalah untuk memastikan KLFA diurus dengan lebih baik dan lebih mapan.
KUALA LUMPUR:
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menawarkan diri untuk bertanding sebagai presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Di TikTok, Fahmi memperkenalkan barisan pasukannya yang antaranya terdiri daripada Pengarah KL United Sdn Bhd Syed Yazid Syed Omar sebagai calon timbalan presiden.

Beliau berkata, pihaknya turut mencalonkan Setiausaha Politik Perdana Menteri Azman Abidin serta Mohd Razlan Rafii iaitu setiausaha politik Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi sebagai naib presiden.

“Hasrat kami untuk martabatkan kelab-kelab gabungan, memastikan KLFA diurus dengan lebih baik, lebih mapan supaya bola sepak di Kuala Lumpur lebih maju,” katanya.

Jawatan presiden KLFA ketika ini dipangku Abdullah Sani Abdul Hamid selepas bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad meletak jawatan Mac lepas.

Kongres pemilihan baharu jawatankuasa KLFA dijadual berlangsung 7 Sept ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.