
“Kita kena faham 70,000 rakyat Palestin dapat lintas sempadan dan tinggal di Mesir, namun negara itu tidak mampu, jadi kita bantu seadanya dan yang termampu,” katanya selepas majlis perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Wanita Umno malam tadi.
Sementara itu, Menteri Luar, Mohamad Hasan berkata pihaknya berjanji akan memberi bantuan perubatan dan menghantar 127 rakyat Palestin itu pulang ke negara mereka.
“Saya berbincang dengan pemimpin Palestin, bahkan mereka tidak mahu meninggalkan tanah air mereka. Mereka rela mati di negara itu. Mereka mahu kembali ke tanah air, tidak mahu dihalau dari tempat tinggal.”
Terdahulu, Mohamad berkata, Malaysia akan terus melakukan apa saja terdaya dalam membantu perjuangan Palestin yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman rejim Zionis.
Timbalan presiden Umno dalam ucapan perasmiannya berkata, kuasa besar dunia enggan menghentikan Israel daripada melakukan kekejaman terhadap rakyat Palestin.