
Pengarahnya Razali Kasim berkata kapal tangki sepanjang 130.2m yang ditahan pada 12.50 tengah hari itu gagal mengemukakan dokumen kebenaran bersauh.
“Kapal tangki itu dikendalikan 18 kru termasuk nakhoda yang semuanya warga China, berusia 31 hingga 51 tahun dan mereka mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Namun nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan turut memberikan alasan menunggu arahan pelayaran seterusnya daripada pihak syarikat,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan pihak syarikat perkapalan dinasihatkan agar mengambil serius prosedur serta peraturan sebelum memasuki dan bersauh di perairan Malaysia.