5 ditahan disyaki dera, liwat pelajar tahfiz

5 ditahan disyaki dera, liwat pelajar tahfiz

Kes berkenaan berlaku di maahad tahfiz di Merbok, dekat Sungai Petani.

Ketua Polis Kuala Muda Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata bagaimanapun mereka dibebas dengan jaminan polis.
PETALING JAYA:
Lima ditahan disyaki mendera dan meliwat pelajar maahad tahfiz di Merbok, dekat Sungai Petani, pada Jun.

Ketua Polis Kuala Muda Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata empat daripada mereka ditahan kerana meliwat.

“Kita telah menahan empat individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat atau persetubuhan luar tabii.

“Manakala, seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001. Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya kepada Astro Awani.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan dengan pengurusan pusat pengajian berkenaan turut dipanggil bagi memberi keterangan.

Dalam pada itu, Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Mohd Azam Abd Samat, berkata pihaknya turut dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Bagaimanapun, kes terbabit diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

“Saya dimaklumkan Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bahawa mereka sudah pergi melakukan siasatan di maahad tahfiz berkenaan mengikut bidang kuasa jabatan.

“JHEAIK dimaklumkan ibu bapa pelajar turut membuat laporan polis, jadi pihak jabatan tak boleh campur tangan kerana ia dalam siasatan polis,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.