
Manakala harga runcit petrol RON97 dan RON95 kekal masing-masing pada RM3.47 dan RM2.05 seliter.
Harga baru itu akan bermula esok hingga 28 Ogos, menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan.
Bagaimanapun, penurunan itu tidak melibatkan harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan yang kekal RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan berkata penurunan harga diesel itu seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.
Katanya, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga, kata kenyataan itu.
Harga minyak diesel di Semenanjung Malaysia turun 5 sen daripada RM3.35 kepada RM3.30 seliter pada 8 Ogos lalu.
Ia diturunkan 5 sen lagi daripada RM3.30 kepada RM3.25 seliter pada 14 Ogos lalu.