Puspakom tutup cawangan Petaling Jaya

Puspakom tutup cawangan Petaling Jaya

Operasi cawangan Petaling Jaya akan dihentikan bermula 31 Ogos.

Susulan penutupan cawangan Petaling Jaya pada 31 Ogos, pelanggan Puspakom boleh mengunjungi cawangan lain, iaitu di Glenmarie, Padang Jaya dan Cheras, bagi mendapatkan perkhidmatan.
PETALING JAYA:
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan menghentikan operasi cawangannya di Petaling Jaya bermula 31 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata, langkah itu diambil sebagai sebahagian usaha meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan kepada pelanggannya.

“Penutupan cawangan Petaling Jaya merupakan langkah strategik syarikat dan tidak akan menjejaskan mutu perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pelanggan boleh mengunjungi cawangan Puspakom lain, iaitu di Glenmarie, Padang Jaya dan Cheras, bagi mendapatkan perkhidmatan.

“Malah kami melanjutkan waktu operasi cawangan Glenmarie dari 7 pagi hingga 11 malam bermula 2 Sept untuk memberikan kemudahan lebih fleksibel kepada pelanggan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.