
Difahamkan, 15 pelajar menaiki perahu itu ketika kejadian berlaku 6.10 pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak berkata tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pada 6.33 pagi.
Katanya, berdasarkan laporan awal diterima pihaknya, seorang daripada tiga pelajar yang dilaporkan hilang, ditemui selamat.
“Pencarian awal dilancarkan penduduk dan menemui salah seorang mangsa, iaitu Abraham Nyoeng, 16, dalam keadaan selamat.
“Anggota bomba kini meneruskan pencarian bersama penduduk kampung untuk mengesan dua lagi pelajar perempuan, iaitu Alsma Jithil, 14, dan Helena Fasha Petrus, 17,” katanya menurut Harian Metro.