SKMM, LPS perlu tapis kandungan kejam dalam talian

SKMM, LPS perlu tapis kandungan kejam dalam talian

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berkata pihak berkuasa juga perlu mengawal selia platform penstriman dalam talian.

web-website-block-mcmc-block-website-
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berkata adegan keterlaluan tanpa tapisan seperti dipaparkan dalam filem aksi luar negara mudah diakses penonton menerusi platform penstriman.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPS) digesa mengawal selia platform penstriman dalam talian serta menapis kandungan digital yang bersifat ganas dan kejam.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Ayub Yaakob, berkata kandungan seperti itu perlu dikawal kerana bimbang ia boleh memberi kesan dan mempengaruhi penonton.

“MCPF mendapati adegan keterlaluan tanpa tapisan seperti dipaparkan dalam filem aksi luar negara itu mudah diakses penonton menerusi platform penstriman ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Ayub berkata, adegan ganas dan kejam seperti dipaparkan dalam filem itu boleh mempengaruhi seseorang untuk melakukan jenayah kejam seperti beberapa kes pembunuhan yang berlaku dalam negara baru-baru ini.

Katanya, mereka yang mempunyai masalah kesihatan atau kecelaruan mental sedia ada juga berisiko tinggi untuk bersikap agresif sehingga melakukan perbuatan kejam itu.

“MCPF menekankan pentingnya sokongan dan bantuan kesihatan mental kepada pesakit ini. Selain mendapatkan khidmat sokongan profesional, masyarakat juga perlu peka dan saling menasihati individu di sekeliling yang mempunyai ciri-ciri mengalami masalah kesihatan mental,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.