Program prauniversiti berprestij di Taylor’s College

Program prauniversiti berprestij di Taylor’s College

Pendidikan holistik membuka peluang untuk kemasukan ke universiti terbaik dunia.

Victor Ngow akan melanjutkan pelajaran ke Harvard College.
PETALING JAYA:
Ditubuhkan pada 1969, Taylor’s College memupuk kecemerlangan akademik dan perkembangan sosial mahasiswa melalui pendekatan pendidikan holistik.

Pendekatan itu menekankan pembangunan individu secara menyeluruh dari segi intelektual, emosi dan sosial. Ia memastikan setiap pelajar berjaya mencapai potensi penuh mereka.

Kolej ini menyediakan persekitaran pembelajaran dinamik untuk memastikan pelajar bersedia menghadapi cabaran masa depan. Mereka digalakkan meneroka minat, melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum dan memupuk kemahiran hidup penting.

Pendidikan berkualiti disediakan di kolej ini jelas terlihat melalui kejayaan dua alumni yang sedang meniti laluan cerah ke arah masa depan gemilang.

Cemerlang akademik dan kokurikulum

Victor Ngow, graduan Cambridge A Level, akan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda sastera dalam bidang ekonomi di Harvard College.

Penyertaan Ngow dalam pelbagai aktiviti kokurikulum mengukuhkan laluannya ke salah satu institusi paling berprestij di dunia.

Ini termasuk penyertaan dalam Kelab Debat Taylor’s dan beliau berkhidmat sebagai equity officer serta bendahari. Ngow juga menyertai National Chemistry Challenge, di mana pasukannya mencipta prototaip untuk penulenan air dan penjanaan elektrik. Justeru, berjaya menyerlahkan semangat inovatif dan kualiti kepimpinannya.

Selain persekitaran kondusif di Taylor’s College, bimbingan University Placement Services (UPS) juga memainkan peranan penting dalam kejayaannya, terutama dalam proses permohonan kompleks yang merangkumi penulisan esei dan temu duga.

Selain itu, sokongan tidak berbelah bahagi dan bimbingan pensyarah turut menjadi faktor penting dalam proses permohonan ke Harvard dan Stanford yang cukup mencabar, di mana beliau juga berjaya diterima masuk.

“Surat-surat cadangan saya yang ditulis dengan bimbingan pensyarah berjaya meraih sambutan baik daripada pihak Stanford. Pensyarah saya juga memberikan sokongan penuh untuk semua permohonan,” katanya.

Nicole Kiew Ting Yi menghargai bimbingan pendidik dalam perjalanan pendidikan transformatifnya.

Seorang lagi alumni, Nicole Kiew Ting Yi, turut berkongsi pengalaman istimewanya.

Selepas berdepan masalah kewangan dan meninggalkan institusi terdahulu, Kiew bekerja keras selama empat tahun sebelum mendaftar dalam program Foundation in Design (FID) di Taylor’s College. Beliau juga berjaya menerima Anugerah Pelajar Terbaik yang menjadi bukti ketekunan dan minat terhadap seni rekaan.

Selain akademik, Kiew juga aktif dalam BizPod, pemangkin keusahawanan di kolej tersebut. Ia menyediakan sumber dan bimbingan diperlukan untuk melancarkan agensi pelancongan digitalnya, MARi.

“Saya dapat melancarkan MARi melalui program BizPod x Amadeus’ Mini Accelerator Programme: Travel Tech Edition awal tahun ini. Geran sebanyak RM2,000 diberikan Bizpod adalah jumlah modal yang besar untuk syarikat permulaan seperti kami, BizzyB. Tambahan pula, peserta akan dapat modal sebanyak RM10,000! Salah satu impian saya adalah menjadi pengasas perniagaan sendiri, dan BizPod menjadi landasan bagi saya.

“Saya juga merupakan pengarah acara untuk Kelab Pembangun Google di Taylor’s College. Penyertaan saya dalam kelab antarabangsa ini amat penting. Saya mendapat pengetahuan lebih mendalam tentang pembinaan dan pembangunan teknologi walaupun bukan pelajar sains komputer/kejuruteraan perisian. Kelab-kelab ini membolehkan saya mencapai prestasi lebih baik dalam pelajaran,” katanya.

Biasiswa juga memainkan peranan penting dalam pendidikan Kiew ketika meneruskan pengajian tinggi di Taylor’s University.

“Penerimaan biasiswa Taylor’s University Merit Scholarship 2024 adalah sangat penting bagi saya. Saya sangat bangga menjadi warga Taylor’s dan ingin mewakili Taylor’s dalam apa jua cara yang saya mampu,” kata pelajar ijazah sarjana muda reka bentuk media kreatif itu.

Perjalanan Kiew menunjukkan bagaimana Taylor’s College bukan sahaja mendidik tetapi memberdayakan pelajar untuk mengubah aspirasi mereka menjadi kenyataan.

Keistimewaan Taylor’s

Taylor’s College menawarkan pelbagai program prauniversiti seperti Cambridge A Level, AUSMAT Pathway (SACE International) dan kelayakan profesional seperti ACCA Foundation in Accounting (ACCA FIA).

Taylor’s College adalah landasan untuk pemimpin masa depan dan inovator. Bagi mereka yang mencari pengalaman prauniversiti yang transformatif, Taylor’s College menawarkan gabungan unik akademik berprestij, pembangunan peribadi dan peluang praktikal.

Untuk maklumat lanjut layari https://college.taylors.edu.my/en.html dan mulakan perjalanan anda menuju pendidikan prauniversiti yang terbaik di Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.