
Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkata operasi khas yang dilancarkan susulan pelaksanaan semula cukai jualan dan cukai perkhidmatan serta penyelarasan subsidi diesel dilihat berkesan mengawal kenaikan harga barangan.
“Mungkin yang ini pun ada operasi khas, selain dari yang hari-hari pegawai kita turun padang,” katanya kepada FMT.
“Kita akan pantau dengan rapi dan dekat supaya tidak ada ambil kesempatan.”
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Jumaat mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15% kepada pegawai kumpulan pelaksana dan pegawai kumpulan pengurusan dan profesional, dan 7% kepada pegawai kumpulan pengurusan tertinggi.
Pelarasan akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Dis 2024 bagi Fasa 1 dan pada 1 Jan 2026 bagi Fasa 2.
Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi pula mengingatkan bahawa kenaikan gaji itu untuk meringankan beban penjawat awam menangani kos sara hidup.
Fuziah berkata KPDN mendapati masih belum berlaku kenaikan harga barangan ketika ini.